Thursday, 30 April 2015

Laksa Kampung Resepi Ibu Tersayang

  so, hari ni half-day because starting tomorrow is holiday... kiranya cuti springlah gitu... my girls groupmate sume pegi Dombay(salah satu negeri di russia, kawasan pergunungan gitu) tapi sya x pegi sebab menda tu hanya tuk perempuan sahaja. senior perempuan yang handlekan sume tu.

   Jadi, sya akan bertapalah di bumi volgograd ini. sedih x berbunyi. wakaka.. tapi tidak mengapa sebab minggu depan hari rabu still ada test for anatomy.. jadi mereka sume pergi makan ambil sambil bawak buku anatomy for revising.. hahaha.. tak baik kita bergembira atas kesusahan org lain.. ni pun diorang mintak sya masakkan something sbb perjalanan ke dombai mengambil masa about 14 hours..

    ni kiranya dah lari tajuk dah nim... sbb tadi ada test dlm histology tengah2 revising smalam tetiba nak makan laksa. so lpas kelas pegi cari barang walaupun ada jugaklah yang terlupa.. jadi kita buat guna apa yang ada sahaja. so, ni kira first time sya post pasal resepi ni. sya kalau masak sya suka ikut resepi mak saya sebab nak rasa yang sama dengan emak punyalh... heheh


Bahan-Bahan:
Laksa(kalau x de sya guna spagetti, oversea kan mana nak cari.. huhuhu)
800g ikan kembung - rebus & ambik isi(sya guna ikan tin sbb lambat kalu guna ikan segar)
2 biji bawang besar
8 bawang merah
1ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
6 keping asam keping
1 packet serbuk gulai mentah
Santan(sya pun guna santan serbuk je)
Garam


Bahan-Bahan Hiasan
Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Cili padi - jika suka
Nanas-jika suka(nak bagi rasa masam2 skit)

Import from Malaysia ni.. hahaha

yang ni pun sama.. tapi lagi sedap kalau guna santan yang diperah.. yang ni mak sya syorkan guna berbanding jenama lain sbb x tahu... hahaha

1. First skali, kita blend sume bawang2 tu. pastu masukkan dlm satu bekas dan campurkan dengan sepeket serbuk gulai dan cili kisar tu. Kacau.

2. Panaskan minyak dalam periuk. Make sure btul2 panas ya. kalau kat Russia ni sume minyak jagung. kna letak banyak skit sbb minyak dia mcm kena serap.

3. Tumis sume bahan2 yang kita sediakan tadi. tumis smpai masak dan naik bau.

4. lpas nampak bawang dan rempah tu mcm dah masak masukkan ikan tadi. kalu guna ikan segar mohon kisar dulu ya... pastu kita kacau dan masukkan air.

5. biar dia menggelegak or boil lah.. pastu, masukkan santan,, biar dia boil lagi. sambil tu masukkan gula dan garam sebagai perasa nak guna gula melaka pun boleh... lagi sedap.. so biar dia boil smpai jadi cenggini.

pastu kalu nak kuah pekat boleh letak santan lagi or rebus aje smpai air kurang skit. sbb kuah laksa ni lagi syok kalau bnyak ikan.

6. sementara tunggu kuah tu masak, kita rebuslah telur, laksa or spaghetti and potonglah barang2 hiasan kita..

so, siaplah... x delah sedap mana sbb bnyak kekurangan sbnarnya... hehehe..jadi inilah hasilnya...


maaflah ya sume.. sya punya presentation tak menarik sangat.. sya guna apa yang ada je.. nak beli timun lada bagai harganya agak mahal dan sya pun agak pokai skarang ni... 
kalu yang first timer, takut tak jadi selawat bnyak2... InsyaAllah menjadi sambil-sambil tu tambah pahala.. hehehe..

Jadi selamat mencuba semua... Sehingga ketemu lagi...


No comments:

Post a Comment